Wednesday, March 27, 2013

WW : Masih ada ke yang pakai jaket ini?


Death Magnetic



Sudah 2 hari berturut - turut  aku mendengar album Metallica ini...Death Magnetic. Apa yang dapat aku katakan?  Lagu - lagunya pantas dan berat...berselirat dengan solo - solo yang panjang hasil dari jari - jemari    
 Kirk Hammett...ketukan drum yang padu dari  Lars Ulrich..penyampaian vokal James Hetfield yang mantap dan juga kehebatan Robert Trujillo memetik tali bass. Bak kata orang, inilah antara album terbaik Metallica pada dekad ini. Walaupun begitu, pada aku album ini tidak akan mencapai status klasik seperti album Kill 'Em All, Ride The Lightning ataupun Master of Puppets yang menjadi rujukan kepada mereka yang hendak mengenali apa itu thrash dan heavy metal. Riff - riffnya mengingatkan aku pada album 'Black' Metallica...yang membezakannya...dalam album Death Magnetic ini lagu - lagunya aku rasakan dimainkan lebih pantas lagi...sound yang lebih moden dan keras dan aku rasakan terlampau bingit macam nak pecah earphone aku. Camne pun, album ini lebih baik dari St. Anger...masih bole layan tapi kurang mencengkam dalam jiwa aku...




Saturday, March 23, 2013

Storm Of Nebiula


STORM OF NEBIULA, satu kompilasi album kumpulan pemuzik bawah tanah telah diterbitkan oleh Nebiula Production pada tahun 1996 dan diedarkan oleh Valentine Sound Production. Kompilasi ini mengumpulkan band - band bawah tanah tempatan iaitu Sil Khannaz, Riusgnal / Langsuir, Vociferation Eternity dan Aradia serta satu band dari Singapura...As Sahar. Kebanyakan lagu dalam kompilasi ini sudah diterbitkan dalam album atau EP. Pada aku album ini special kerana band Aradia. Semasa aku belajar di KL, aku dan sahabat - sahabat selalu melepak dekat Cental Market dan kenal dengan ahli kumpulan band ini. Kami sentiasa menunggu material band Aradia release dekat pasaran...akhirnya muncul dalam album ini. Pada aku, material dari band Aradia sukar untuk didapati....selain itu ianya merupakan cebisan memori ketika berada dalam golongan peminat muzik bawah tanah ini.