Sudah 2 hari berturut - turut aku mendengar album Metallica ini...Death Magnetic. Apa yang dapat aku katakan? Lagu - lagunya pantas dan berat...berselirat dengan solo - solo yang panjang hasil dari jari - jemari
Kirk Hammett...ketukan drum yang padu dari Lars Ulrich..penyampaian vokal James Hetfield yang mantap dan juga kehebatan Robert Trujillo memetik tali bass. Bak kata orang, inilah antara album terbaik Metallica pada dekad ini. Walaupun begitu, pada aku album ini tidak akan mencapai status klasik seperti album Kill 'Em All, Ride The Lightning ataupun Master of Puppets yang menjadi rujukan kepada mereka yang hendak mengenali apa itu thrash dan heavy metal. Riff - riffnya mengingatkan aku pada album 'Black' Metallica...yang membezakannya...dalam album Death Magnetic ini lagu - lagunya aku rasakan dimainkan lebih pantas lagi...sound yang lebih moden dan keras dan aku rasakan terlampau bingit macam nak pecah earphone aku. Camne pun, album ini lebih baik dari St. Anger...masih bole layan tapi kurang mencengkam dalam jiwa aku...
album ni terlampau kompress soundnya.kalo dengar dengan volume yang kuat mmg rasa rabak telinga.tapi lagu memang ok, thrash sudah kembali dalam jiwa metallica.james hetfield sekarang pon kalo main live gig dah mula pakai tali pinggang peluru dan jaket jeans thrash penuh dengan patches band NWOBHM.
ReplyDeletecd malaysia edition walaupun murah tapi hampeh...heheh..
ReplyDeleteMemang pun..kertas sekeping ajer. Tapi aku ada beli CD digipak edition dengan harga yang sama dan di kedai yang sama. Tengah tengah nya bertebuk...tak leh nak baca lirik lak!!??
DeleteStill consider this album antara yg terbaik, berbanding Load, Reload dan St Anger...mereka dah kembali kepada root Thrash diorang...respect gak la...
ReplyDeletetak pernah dengar lagik, cuma snippets je...
ReplyDeletetapi ada satu tu yang macam instrumental gitu, ah tu gerek