Friday, April 12, 2013

Load & Reload - Satu Penilaian Semula....

 LOAD & RELOAD....dua buah album yang keluar pada tahun 1996 dan 1997 dari daya pemikiran dan kreativiti kumpulan pemuzik heavy metal Metallica telah menggegarkan kepala peminat - peminat kepala besi seluruh dunia. Gaya persembahan dan muzik yang agak berbeza dari album - album yang terdahulu. Aku pun sama...apa yang dah jadi dengan Metallica sekarang? Rasa cam tak berbaloi lak. Album yang jarang aku dengar secara serius dan bersungguh - sungguh sehinggalah sekarang. Aku terpanggil untuk melayan dua - dua album nie..selama seminggu aku dok mendengar lagu - lagunya...kesimpulannya adalah boleh tahan, best jugak dan layan gak!!!!



Ada lagu yang boring...ada gak lagu yang best dalam kedua - dua album nie. Bagi aku untuk melayan album - album ni, anggap ajer Metallica ni sebuah band yang baru dan tiada kaitan dengan Metallica yang lama...hehehe. Lagu - lagu yang best :


Selamat mendengar Load & Reload

Wednesday, March 27, 2013

WW : Masih ada ke yang pakai jaket ini?


Death Magnetic



Sudah 2 hari berturut - turut  aku mendengar album Metallica ini...Death Magnetic. Apa yang dapat aku katakan?  Lagu - lagunya pantas dan berat...berselirat dengan solo - solo yang panjang hasil dari jari - jemari    
 Kirk Hammett...ketukan drum yang padu dari  Lars Ulrich..penyampaian vokal James Hetfield yang mantap dan juga kehebatan Robert Trujillo memetik tali bass. Bak kata orang, inilah antara album terbaik Metallica pada dekad ini. Walaupun begitu, pada aku album ini tidak akan mencapai status klasik seperti album Kill 'Em All, Ride The Lightning ataupun Master of Puppets yang menjadi rujukan kepada mereka yang hendak mengenali apa itu thrash dan heavy metal. Riff - riffnya mengingatkan aku pada album 'Black' Metallica...yang membezakannya...dalam album Death Magnetic ini lagu - lagunya aku rasakan dimainkan lebih pantas lagi...sound yang lebih moden dan keras dan aku rasakan terlampau bingit macam nak pecah earphone aku. Camne pun, album ini lebih baik dari St. Anger...masih bole layan tapi kurang mencengkam dalam jiwa aku...




Saturday, March 23, 2013

Storm Of Nebiula


STORM OF NEBIULA, satu kompilasi album kumpulan pemuzik bawah tanah telah diterbitkan oleh Nebiula Production pada tahun 1996 dan diedarkan oleh Valentine Sound Production. Kompilasi ini mengumpulkan band - band bawah tanah tempatan iaitu Sil Khannaz, Riusgnal / Langsuir, Vociferation Eternity dan Aradia serta satu band dari Singapura...As Sahar. Kebanyakan lagu dalam kompilasi ini sudah diterbitkan dalam album atau EP. Pada aku album ini special kerana band Aradia. Semasa aku belajar di KL, aku dan sahabat - sahabat selalu melepak dekat Cental Market dan kenal dengan ahli kumpulan band ini. Kami sentiasa menunggu material band Aradia release dekat pasaran...akhirnya muncul dalam album ini. Pada aku, material dari band Aradia sukar untuk didapati....selain itu ianya merupakan cebisan memori ketika berada dalam golongan peminat muzik bawah tanah ini.


Saturday, January 19, 2013

50 First Dates....

Just watch this movie last night with my wife. Enjoyable romantic comedy movie. Gandingan yang serasi antara Adam Sandler dan pelakon faveret saya Drew Barrymore. Ianya mengisahkan mengenai usaha seorang lelaki untuk mengorat wanita idamannya. Tetapi dia perlu membuat siwanita itu jatuh cinta dengan dia setiap hari....kenapa? Nak tau..carila sendiri jawapannye...hehehe.
Moral of the story: Love your wife and try to make her know the reason she fall in love witb you....

Wednesday, January 2, 2013

Pertunjukan Mempergunakan Kuasa Yang Menjolok Mata

Album kedua metal yang aku beli selepas chaos ad (sepultura) adalah album Pantera Vulgar Display Of Power. Aku beli album ini bukan disebabkan oleh gitaristnya atau vocalistnya. Masa tu aku tak kenal diaorang tu sape. Aku jatuh cinta dengan sound Pantera dalam album ini. Sound gitar dan drum yang tersendiri dan outstanding menyebabkan aku nak album ini dan hasilnya amat berbaloi. Lagu yang sedap dan layan dari awal hingga akhir. Rekomended....worth to buy and collect. P/s Mr Berteromber...saya juga rasa inilah album terbaik Pantera.

Irama Kod Merah


Kod Merah

Ini merupakan album terakhir Sodom yg aku beli. Code Red merupakan album thrash metal yg ke sembilan. Lagu-lagu nye masih masuk dalam telinga tua aku nie. Tapi impaknya dah tak cukup kuat seperti album-albumnye yang awal. Klasik thrash metal Sodom Style.

Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Selamat Tahun Baru 2013. Kepada yg  cuti...luangkan masa dengan keluarga. Kepada sesiapa yg kena kerja cam saya....sabar aje lah.... Semoga tahun 2013 akan membawa perubahan yg lebih baik untuk semua orang. Lets the hand held high....and sing the war song....together we march to victory!!!!